Diari Berbasikal

 Ini adalah kali pertama saya belajar menunggang basikal. Saya berasa sangat teruja tetapi juga agak gementar. Pelatih saya adalah rakan sekelas saya. Pada hari itu, kami berkumpul di kantin asrama menunggu dia membawa basikal keluar dari asrama. Kemudian, kami berjalan kaki sambil menolak basikal ke Bukit Expo. 

 Pada permulaannya, saya berasa agak tidak stabil dan sukar untuk mengekalkan keseimbangan. Saya cuba mengayuh pedal, tetapi selalu terhuyung-hayang dan hampir terjatuh. Rakan saya memberitahu saya untuk mengekalkan keseimbangan badan dan memandang ke hadapan. Saya mencuba yang terbaik untuk mengikut arahan beliau, walaupun sedikit mencabar, tetapi perlahan-lahan saya mula mendapat rasa yang betul. Saya mencuba menuruni bukit untuk mencari perasaan menunggang basikal. 

 Selepas beberapa kali, akhirnya saya mampu menunggang basikal dengan sendirinya! Saya berasa sangat gembira dan berbangga. Saya memutar beberapa pusingan, dan setiap pusingan semakin lancar. Saya juga belajar cara membrek, walaupun masih kurang mahir, tetapi saya yakin dengan latihan, saya akan menjadi lebih baik. 

 Namun, cuaca pada hari itu tidak membenarkan saya belajar terlalu lama. Ketika hujan gerimis mulai turun, kami segera pulang ke asrama. Tiba-tiba, hujan lebat turun di tengah jalan, kami menjadi basah kuyup seperti ayam yang direbus. 

 Pada pendapat saya terhadap pengalaman belajar menunggang basikal ini adalah  belajar menunggang basikal bukanlah perkara yang mudah. Dalam proses pembelajaran, saya beberapa kali kehilangan keseimbangan dan  jatuh. Tetapi saya tidak berputus asa, setiap kali jatuh, saya bangun semula dengan cepat dan naik basikal semula. Saya percaya bahawa kegigihan dan usaha adalah kunci kejayaan. Pengalaman pembelajaran hari ini memberikan saya perasaan kepuasan yang besar. Saya mendapati bahawa belajar menunggang basikal tidak hanya memberi saya kemahiran baru, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri saya. Saya sudah tidak sabar untuk terus berlatih dan mencapai kemahiran yang lebih tinggi, seperti pusingan dan menunggang basikal dalam pelbagai keadaan jalan. 


 Saya harus mengakui bahawa pengalaman belajar menunggang basikal ini sangat tidak dapat dilupakan.

评论

此博客中的热门博文

Momen Kecil yang Penuh Kebahagiaan

Lawatan Sambil Belajar